SEBELUM DAN SESUDAH
Sebelum remaja dibelai ibu bapa B1
Diberi apa yang dipinta B2
Sesudah remaja dia kenal dunia B3
Tak nak ikut cakap ibu bapa B4
Sebelum dapat kerja B5
Janji tekun bekerja B6
Sudah diterima cuti dan M.C. saja B7
Belum dapat gaji B8
Nak jimat tak nak rugi B9
Sudah dapat gaji B10
Duit habis dijoli B11
Sudah dapat gaji B12
Duit habis dijoli B13
Habis dijoli B14
Di sana sini B15
Sebelum kahwin dia B16
Janji nak hidup sama B17
Sudah berumahtangga B18
Hilang entah kemana B19
Katanya ke pejabat B20
Rupanya dia ligat B21
Cari cari calon B22
Hendak cukupkan empat B23
Cari cari calon B24
Hendak cukupkan empat B25
Dua dah dapat B26
Tiga dah dapat B27
Empat tak sempat B28
Sebelum berkeluarga B29
Jalan-jalan berpimpin tangan pegang bahu tak mahu
lepas B30
Sesudah anak tiga B31
Dah mula rasa nak pimpin tangan isteri pun dah naik
malas B32
Suami sebatu didepan isteri di belakang B33
Sebelum dapat susah B34
Dia tak ingat beribadah nak sedekah amal jariah B35
Sesudah dapat susah B36
Baru nak cari B37
Sejadah begitu lazim sifat manusia B38
Hanya ingat tuhan bila didalam kesusahan B39
Elakkan diri dari bersifat demikian B40
Tuhan tidak suruh kita ikut perangai syaitan B41
Sesudah dapat susah B42
Baru nak cari B43
Sejadah begitu lazim sifat manusia B44
Hanya ingat tuhan bila didalam kesusahan B45
Elakkan diri dari bersifat demikian B46
Tuhan tidak suruh kita ikut perangai syaitan B47
Lagu ‘Sebelum dan Sesudah’ merupakan lagu yang ditulis
oleh Azmeer dan Azlee. Lagu ini telah dinyanyikan oleh kumpulan Senario yang
dianggotai oleh Azlee. Lirik lagu ini merupakan gambaran seseorang manusia yang
berlaku sebelum dan selepas mendapatkan perkara yang diingininya. Lagu ini menceritakan
tentang realiti sesetengah masyarakat yang berubah setelah mendapatkan perkara
yang dihajati iaitu berbeza sekali dengan
yang dicadang sebelum mendapatkannya. Lirik lagu ini mengandungi 47
baris ayat. Karya Ameer dan Azlee ini menarik perhatian untuk dikaji analisis
wacananya kerana ia mempunyai kesatuan yang utuh dalam karya beliau. Walaupun
ayat yang digunakan oleh beliau begitu ringkas tetapi ia saling bersangkutan
antara satu sama lain. Kajian dibuat secara keseluruhan berdasarkan lirik lagu Sebelum
dan Sesudah ini.
ANALISIS DISKRIPSI KONSEP TAUTAN DALAM LIRIK LAGU ‘SEBELUM
DAN SESUDAH’
Penelitian aspek tautan dipengaruhi sepenuhnya unsur
linguistik yang berfungsi untuk membentuk satu ikatan dalam sesuatu wacana
agar menjadi satu ikatan yang kukuh dan
bermakna. Dalam lirik lagu ‘Sebelum dan Sesudah’ ini, kehadiran konsep tautan
dapat dikenal pasti melalui kaedah tautan perulangan, tautan kolokasi dan
tautan penghubung ayat. Ketiga-tiga jenis tautan utama ini dikaji berdasarkan subjenis
masing-masing. Pertama sekali ialah dengan menganalisis tautan perulangan
terlebih dahulu, kemudian diikuti pula penganalisisan tautan kolokasi dan
diakhiri dengan analisis tautan penghubung ayat.
TAUTAN PERULANGAN
Kriteria penjenisan
tautan perulangan meliputi bentuk, makna dan fungsi. Terdapat tujuh jenis
tautan perulangan, iaitu tautan perulangan rujukan, tautan perulangan
penggantian, tautan perulangan elipsis, tautan perulangan leksikal, tautan
perulangan parafrasa, tautan perulangan paralelisme dan tautan perulangan
struktur dan makna sama. Namun setelah dikaji, hanya satu jenis tautan sahaja
yang dapat dikenalpasti dalam lirik lagu ‘Sebelum dan Sesudah’ iaitu tautan
perulangan struktur dan makna sama.
Tautan
perulangan struktur dan makna sama merujuk kepada unsur yang bertaut, bukan
bertaraf leksikal tetapi yang bertaraf frasa sehinggalah ayat yang sama
daripada segi aspek tertentu paralelisme dan parafrasa. Jenis ini menyatukan
aspek tertentu paralelisme dan parafrasa.
B8 Belum
dapat gaji
B10 Sudah dapat
gaji
Perulangan frasa dapat gaji dalam dua baris lirik di
atas membuktikan penulis lirik menggunakan konsep tautan perulangan struktur
dan makna sama.
B10 Sudah
dapat gaji
B12 Sudah
dapat gaji
Perulangan sudah dapat gaji dalam dua baris lirik iaitu pada B10 dan B12.
B11 Duit
habis dijoli
B13 Duit
habis dijoli
Terdapat perulangan
baris lirik yang menggunakan konsep tautan perulangan struktur dan makna sama.
Pada baris lirik duit habis dijoli telah
diulang sebanyak dua kali iaitu pada B11
dan B13 tanpa berubah daripada segi
ayat dan makna.
B22 Cari cari calon
B24 Cari
cari calon
Pada baris lirik B22 dan B24, lirik cari cari calon telah
diulang sebanyak dua kali tanpa mengubah struktur ayat dan makna.
B23 Hendak
cukupkan empat
B25 Hendak
cukupkan empat
Baris lirik hendak cukupkan empat diulang sebanyak
dua kali dalam lagu iaitu pada B23 dan
B25. Penulis lirik telah mengulang
lirik tersebut tanpa mengubah makna dan struktur ayat bagi kedua-dua baris
lirik tersebut.
B36 Sesudah dapat susah
B42 Sesudah
dapat susah
Tautan perulangan
struktur dan makna ayat dapat dilihat dalam baris lirik diatas. Lirik sesudah dapat susah telah diulang pada B36 dan B42 tanpa mengalami apa-apa perubahan dari segi struktur dan makna
ayat.
B37 Baru
nak cari
B43 Baru
nak cari
Perulangan ayat baru nak cari dalam dua baris lirik di
atas membuktikan pengarang menggunakan konsep tautan perulangan struktur dan
makna sama.
B38 Sejadah
begitu lazim sifat manusia
B44 Sejadah
begitu lazim sifat manusia
Pada baris lirik di
atas dapat dilihat bahawa pengarang telah mengulang sebanyak dua kali lirik sejadah begitu lazim sifat manusia dan
telah membuktikan penggunaan konsep tautan perulangan struktur dan makna sama.
B39 Hanya
ingat tuhan bila didalam kesusahan
B45 Hanya
ingat tuhan bila didalam kesusahan
Lirik hanya ingat tuhan bila didalam kesusahan telah
diulang sebanyak dua kali dalam lagu iaitu pada B39 dan B45.
B40 Elakkan
diri dari bersifat demikian
B46 Elakkan
diri dari bersifat demikian
Penulis lirik telah
mengulang baris lirik elakkan diri dari
bersifat demikian pada B40 dan B46. Di sini dapat dilihat bukti
penggunaan tautan perulangan struktur dan makna sama.
B41 Tuhan
tidak suruh kita ikut perangai syaitan
B47 Tuhan
tidak suruh kita ikut perangai syaitan
Pada B41 dan B47, penulis telah mengulang lirik tuhan tidak suruh kita ikut perangai syaitan sebanyak dua kali
dalam lagu tanpa mengubah struktur ayat dan makna.
Begitulah antara contoh
baris lirik lagu yang dapat dikemukakan untuk menunjukkan bahawa konsep tautan
perulangan ada di dalam lirik lagu ini. Seterusnya kita beralih pula kepada
kajian yang melihat aspek tautan kolokasi yang terdapat di dalam lirik lagu
Gurindam Jiwa.
TAUTAN KOLOKASI
Penjenisan tautan
kolokasi ini terbahagi kepada empat, iaitu kolokasi antoniman, kolokasi
kohiponiman, kolokasi hasil dan kolokasi sifat. Berdasarkan kriteria konteks,
unsur tautan itu berada di dalam lirik lagu dan hubungan makna yang diwujudkan.
Di dalam lirik lagu Sebelum dan Sesudah ini, Cuma dua jenis tautan kolokasi dapat
dikenalpasti iaitu tautan kolokasi antoniman dan kolokasi kohiponiman.
Tautan kolokasi kohiponiman merujuk kepada keberadaan
hubungan makna unsur yang bertaut di peringkat superordinate dengan ordinatnya,
atau antara hiponim, atau termasuk meronimi, iaitu hubungan unsur sebahagian
dengan unsur yang menyeluruh, atau antara unsur yang sebahagian daripada entity
yang menyeluruh.
B30 Jalan-jalan berpimpin tangan pegang bahu tak
mahu lepas
Kolokasi kohiponiman ini dapat dilihat dalam kumpulan
anggota badan seorang manusia. Di dalam baris lirik dan ada menunjukkan
pengumpulan anggota badan manusia, iaitu tangan
dan bahu.
Tautan antoniman bermaksud hubungan keberadaan unsur
tautan yang bercirikan makna berlawanan. Tautan ini termasuk dalam tautan
leksikel jenis kolokasi.
B1 Sebelum
remaja dibelai ibu bapa
B33 Suami
sebatu didepan isteri di belakang
Tautan kolokasi antonim dapat dilihat dalam contoh lirik
di atas. Antonim dalam contoh satu ialah ibu
dan bapa, manakala contoh
antonim dalam contoh lirk kedua ialah suami
dan isteri. Begitulah bukti-bukti yang menunjukkan penulis lirik ini
menggunakan konsep tautan kolokasi dalam hasil karya beliau.
TAUTAN PENGHUBUNG AYAT
Penjenisan tautan ini
dibahagikan kepada lima iaitu penghubung ayat tambahan, tentangan,
sebab-musabab, waktu dan terusan, mempunyai asas yang berdasarkan kriteria
makna unsru yang bertaut sebelum dan selepas sesuatu penghubung ayat yang menandainya.
Namun begitu cuma satu jenis tautan penghubung ayat yang digunakan oleh penulis
lirik iaitu tautan penghubung ayat waktu.
Tautan penghubung ayat
waktu pula merujuk kepada hubungan makna
yang wujud antara unsur yang sebelum dengan yang selepas seperti pada
penghubung ayat yang sebelum dengan yang selepas, seperti pada penghubung ayat
yang menunjukkan urutan, sertaa, kesimpulan dan lampauan.
B1 Sebelum
remaja dibelai ibu bapa
B2 Sesudah
remaja dia kenal dunia
Dua baris lirik di atas menunjukkan tautan penghubung
ayat waktu yang terdapat di dalam lirik lagu Sebelum dan Sesudah yang
menggunakan penanda waktu sebelum
manakala pula menggunakan penanda waktu sesudah.
Dapat disimpulkan bahawa semua penjenisan konsep tautan dalam tautan
perulangan, kolokasi dan penghubung ayat terdapat di dalam lirik lagu Sebelum
dan Sesudah ini.
ANALISIS KUANTITATIF ASPEK TAUTAN DALAM LIRIK LAGU
‘GURINDAM JIWA’
Analisis kuantitatif ini berdasarkan bilangan ayat
yang mengandungi unsur tautan mengikut kategori masing-masing.
TAUTAN
|
BARIS LIRIK
|
JUMLAH
|
PERULANGAN
|
||
Rujukan ( TP 1
)
|
-
|
0
|
Penggantian (
TP 2)
|
-
|
0
|
Ellipsis ( TP
3)
|
-
|
0
|
Leksikal ( TP
4 )
|
-
|
0
|
Parafrasa ( TP
5 )
|
-
|
0
|
Paralelisme (
TP 6 )
|
-
|
0
|
Struktur dan
Makna Sama ( TP 7)
|
B8, B10, B10,
B13, B14, B22, B24, B23, B25, B36, B42, B37, B43, B38, B44, B39, B45, B40,
B46, B41, B47
|
21
|
21
|
KOLOKASI
|
||
Antoniman ( TK
1 )
|
B1, B33
|
2
|
Kohiponiman (
TK 2 )
|
B30
|
1
|
Hasil ( TK 3 )
|
-
|
0
|
Sifat ( TK 4 )
|
-
|
|
3
|
PENGHUBUNG
AYAT
|
||
Tambahan ( TPA
1 )
|
-
|
0
|
Pertentangan (
TPA 2 )
|
-
|
0
|
Sebab-Musabab
( TPA 3 )
|
B1, B2
|
2
|
Ayat Waktu (
TPA 4 )
|
B2, B4, B12
|
3
|
Ayat terusan (
TPA 5 )
|
-
|
0
|
4
|
Graf yang menunjukkan bilangan ayat mengikut
kategori masing-masing
No comments:
Post a Comment