Cari Tapak - Senario
B1 Marilah kita bersama
B2 Nak kemana
B3 Jalan jalan dikota
B4 Dengan siapa
B5 Untuk kita berlima
B67 Apa saja
B8 Kenapa pula
B9 Tak ada wanita
B10 Ah ikut saja
B11 Kini kita sudah tiba
B12 Tiba di mana
B134 Tiba di kota
B14 Oh dah sampai ya
B15 Tapi segera
B16 Janganlah lupa
B17 Beg yang ada
B18 Lalala ambil bersama yeah
B19 Sekali ku pandang
B20 Dia tersenyum riang
B21 Mana mana
B22 Dua kali ku pandang
B23 Tak nampak macam orang
B24 Jangan difikirkan orang
B25 Nanti peluang kita hilang
B26 Kita tinggal duit tambang
B27 Untuk kita balik pulang
B28 Wahai temanku apa ditunggu
B29 Tunaikan dulu kewajipanmu
B30 Ingat dahulu janji janji mu
B31 Warung kopi nasi lemak roti bakar
B32 Roti canai cari tapak
B33 Dimana tapak bila nak bukak
B34 Bukan di setapak
B35 Mungkin di gombak
B36 Tak sampai karak
B37 Kita nak letak
B38 Kerusi meja pinggang mangkuk
B39 Piring cawan periuk belanga
B40 Warung sekolah haa
B41 Jangan difikirkan orang
B42 Nanti peluang kita hilang
B43 Kita tinggal duit tambang
B44 Untuk kita balik pulang
B45 Wahai temanku apa ditunggu
B46 Tunaikan dulu kewajipanmu
B47 Ingat dahulu janji janji mu
B48 Warung kopi nasi lemak roti bakar
B49 Roti canai cari tapak
B50 Dimana tapak bila nak bukak
B51 Bukan di setapak
B52 Mungkin di gombak
B53 Tak sampai karak
B54 Kita nak letak
B55 Kerusi meja pinggang mangkuk
B56 Piring cawan periuk belanga
B57 Warung sekolah ha
B58 Kalau kita dah berjaya
B59 Dengan cita kita
B60 Nak buka cawangan pula
B61 Nak makan saja
B62 Cari saja pekerja
B63 Jaga warung kita
B64 Kita jumpa ibubapa
B65 Kita cerita berniaga
B66 Jangan difikirkan orang
B67 Nanti peluang kita hilang
B68 Kita tinggal duit tambang
B69 Untuk kita balik pulang
B70 Wahai temanku apa ditunggu
B71 Tunaikan dulu kewajipanmu
B72 Ingat dahulu janji janji mu
B73 Warung kopi nasi lemak roti bakar
B74 Roti canai cari tapak
B75 Dimana tapak bila nak bukak
B76 Bukan di setapak
B77 Mungkin di gombak
B78 Tak sampai karak
B79 Kita nak letak
B80 Kerusi meja pinggang mangkuk
B81 Piring cawan periuk belanga
B82 Warung sekolah ha
B83 Warung kopi nasi lemak roti bakar
B84 Roti canai cari tapak
B85 Dimana tapak bila nak bukak
B86 Bukan di setapak
B87 Mungkin di gombak
B88 Tak sampai karak
B89 Kita nak letak
B90 Kerusi meja pinggang mangkuk
B91 Piring cawan periuk belanga
B92 Warung sekolah ha
LAGU ‘CARI TAPAK
Lagu Cari Tapak ini dicipta
oleh Zira, Wahid dan Azlee. Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan Senario. Lagu
ini mempunyai 92 baris lagu. . Lagu ini menarik untuk dikaji analisis wacana
kerana mempunyai kesatuan yang utuh dalam lirik lagu.
ANALISIS DESKRIPSI KONSEP TAUTAN DALAM LIRIK LAGU ‘CARI
TAPAK’
Penelitian aspek tautan
dipengaruhi sepenuhnya oleh unsur linguistik yang berfungsi untuk membentuk
satu ikatan dalam sesuatu wacana agar menjadi satu ikatan yang kukuh dan
bermakna. Dalam lirik lagu ‘Cari Tapak’ kehadiran konsep tautan ini dapat
dikenal pasti melalui kaedah tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan
penghubung ayat. Ketiga-tiga tautan utama ini dikaji berdasarkan subjenis
masing-masing.
Tautan Perulangan
Kriteria penjenisan tautan
perulangan ini meliputi bentuk, makna dan fungsi. Tautan ini mempunyai tujuh
jenis, iaitu tautan perulangan rujukan, tautan perulangan penggantian, tautan
perulangan elipsis, tautan perulangan leksikal, tautan perulangan parafrasa,
tautan perulangan paralelisme dan tautan perulangan struktur dan makna sama.
i.
Tautan Perulangan
Struktur Dan Makna Sama
Tautan perulangan
struktur dan makna sama merujuk kepada unsur yang bertaut, bukan bertaraf
leksikal tetapi bertaraf frasa sehinggalah ayat yang sama dari aspek tertentu
paralelisme dan parafrasa. Tautan jenis ini menyatukan aspek tertentu
paralelisme dan parafrasa.
Contoh 1 : B10 Kini kita sudah tiba
B11 Tiba di mana
B12 Tiba di kota
Perulangan
kata tiba dalam tiga ayat di atas
menunjukkan penulis lagu menggunakan konsep tautan perulangan struktur dan
makna sama.
Contoh 2 : B66 Nanti peluang kita hilang
B67 Kita tinggal duit tambang
B68 Untuk kita balik pulang
Perulangan
kata kita dalam tiga ayat di atas
menunjukkan penulis lagu menggunakan konsep tautan perulangan struktur dan
makna sama.
- ii. Tautan perulangan Parafrasa
Tautan perulangan
parafrasa ini merujuk kepada perulangan makna yang sama, bukan bertaraf
leksikal tetapi unsur yang bersifat frasa sehinggalah ayat. Perkara yang
berbeza dari segi bentuk susunan unsur yang bertaut itu.
Contoh 1 : B26 Untuk kita balik pulang
Tautan perulangan
parafrasa dapat dilihat dalam contoh ayat di atas. Jelaslah bahawa ayat di atas
menunjukkan tautan perulangan parafrasa. Hal ini demikian kerana perulangan
makna yang sama tetapi struktur adalah berbeza, iaitu balik dan pulang mempunyai
makna yang sama.
Namun begitu daripada tujuh jenis tautan perulangan yang
ada hanya dua sahaja yang ada. Selebihnya, iaitu tautan perulangan rujukan,
tautan perulangan parafrasa, tautan perulangan paralelisme, dan perulangan
penggantian tiada data untuk dirujuk dalam korpus yang telah dipilih
Tautan Kolokasi
Penjenisan tautan kolokasi ini
terbahagi kepada empat jenis, iaitu kolokasi antoniman, kolokasi kohiponiman,
kolokasi hasil dan kolokasi sifat.
- i. Tautan Kolokasi Antoniman
Tautan kolokasi
antoniman membawa maksud keberadaan unsur tautan yang bercirikan makna
berlawanan. Tautan jenis ini termasuk dalam tautan leksikal jenis kolokasi.
Contoh 1 : B63 Kita jumpa ibu bapa
Tautan
antoniman dapat dilihat dalam contoh ayat di atas. Antonim dalam contoh 1,
iaitu perkataan ibu dan bapa
Contoh 2 : Kerusi
meja pinggang
mangkuk
Tautan
antoniman dapat dilihat dalam contoh ayat di atas. Antonim dalam contoh 2,
iaitu perkataan kerusi dan meja
- ii. Tautan Kolokasi Kohiponiman
Tautan kolokasi
kohiponiman merujuk kepada keberadaan hubungan makna unsur yang bertaut di
peringkat superordinat dengan ordinatnya, atau antara hiponim, atau termasuk
meronimi, iaitu hubungan unsur sebahagian dengan unsur yang menyeluruh, atau
antara unsur yang sebahagian daripada entiti yang menyeluruh.
Contoh 1 : B30 Warung kopi nasi lemak roti bakar
B31 Roti canai cari tapak
Kolokasi
kohiponiman ini dapat dilihat dalam kumpulan makanan. Ayat pada B30 dan B31 ada
menunjukkan pengumpulan jenis makanan, iaitu nasi lemak, roti bakar dan roti
canai.
Contoh 2 : B33 Bukan di setapak
B34 Mungkin di gombak
B35 Tak sampai karak
Kolokasi
kohiponiman ini dapat dilihat dalam kumpulan makanan. Ayat pada B33, B34 dan
B35 ada menunjukkan pengumpulan nama tempat, iaitu Setapak, Gombak dan Karak.
Namun begitu, hanya terdapat dua
daripada empat jenis tautan kolokasi. Antara tautan kolokasi yang tidak
terdapat dalam lirik lagu Cari Tapak ini ialah tautan kolokasi hasil, dan
tautan kolokasi sifat tiada data untuk dirujuk dalam korpus ini.
Tautan Penghubung Ayat
Tautan jenis ini dibahagikan
kepada lima, iaitu penghubung ayat tambahan, tentangan, sebab-musabab, waktu
dan terusan. Tautan ini mempunyai asa yang berdasarkan kriteria-kriteria makna
unsur yang bertaut sebelum dan selepas sesuatu penghubung ayat yang
menandainya.
- i. Tautan Penghubung Ayat Terusan
Tautan penghubung
ayat terusan ini agak rencam dan memautkan penghubung ayat yang tidak termasuk
dalam mana-mana empat jenis penghubung ayat yang lain. Tautan ini mempunyai
maksud unsur yang sebelum dan selepas dalam hubungan penerusan dan biasanya
dalam nada yang rendah dalam sistem fonologi.
Contoh 1 : B18 Sekali
ku pandang
B19 Dia tersenyum riang
B20 Mana mana
B21 Dua kali ku pandang
B22 Tak nampak macam orang
Penanda
kata penghubung ayat dalam contoh ayat di atas adalah sekali kupandang dan dua
kali kupandang. Kesemua ayat di atas menunjukkan sesuatu perkara itu
berlaku secara berterusan.
Namun begitu, hanya terdapat
satu daripada lima jenis tautan penghubung ayat. Antara tautan penghubung ayat
yang tidak terdapat dalam lirik lagu Cari Tapak ini ialah penghubung ayat
tambahan, tentangan, sebab-musabab,dan waktu tiada data untuk dirujuk dalam
korpus ini.
ANALISIS KUANTITATIF ASPEK TAUTAN DALAM LIRIK LAGU ‘CARI TAPAK’
Analisis kuantitatif ini
berdasarkan bilangan ayat yang mengandungi unsur tautan mengikut kategori
masing-masing.
TAUTAN
|
NOMBOR BARIS
|
JUMLAH
|
Perulangan
|
||
Perulangan Rujukan (TP1)
|
-
|
0
|
Perulangan Penggantian (TP2)
|
-
|
0
|
Perulangan Elipsis (TP3)
|
-
|
0
|
Perulangan Leksikal (TP4)
|
-
|
0
|
Perulangan Parafrasa (TP5)
|
B10, B13, B26, B43, B68
|
5
|
Perulangan Paralelisme
|
-
|
0
|
Perulangan Struktur dan Makna Sama (TP7)
|
B10, B11, B12, B18, B21, B24, B26, B31, B32, B38, B41, B43, B53, B57,
B58, B62, B63, B64, B66, B67, B68, B78, B89
|
23
|
Jumlah 28
|
TAUTAN
|
NOMBOR BARIS
|
JUMLAH
|
KOLOKASI
|
||
Kolokasi Antoniman (TK2)
|
B37, B54, B63, B79, B90
|
5
|
Kolokasi Kohiponiman
(TK1)
|
B30, B31, B33, B34, B35, B37, B38, B47, B48, B50, B51, B52, B54, B55,
B72, B73, B75, B76, B77, B79, B80, B82, B83, B85, B86, B87, B90, B91
|
28
|
Kolokasi Hasil (TK3)
|
-
|
0
|
Kolokasi Sifat (TK4)
|
-
|
0
|
Jumlah 33
|
TAUTAN
|
NOMBOR BARIS
|
JUMLAH
|
Penghubung Ayat
|
||
Penghubung Ayat Tambahan (TPA1)
|
-
|
0
|
Penghubung Ayat Pertentangan (TPA2)
|
-
|
0
|
Penghubung Ayat Sebab-Musabab (TPA3)
|
-
|
0
|
Penghubung Ayat Waktu (TPA4)
|
-
|
0
|
Penghubung Ayat Terusan (TPA5)
|
B18, B21
|
2
|
Jumlah 2
|
Graf 2 : Menunjukkan Bilangan Ayat Mengikut Kategori
Masing-Masing
Berdasarkan jadual dan graf di
atas, didapati bahawa tautan kolokasi kohiponiman mempunyai jumlah ayat yang
paling banyak digunakan, iaitu sebanyak 28 ayat. Kemudian diikuti oleh tautan perulangan
struktur dan makna sama, iaitu sebanyak 23 ayat. Tempat ketiga pula dikongsi
oleh ialah tautan perulangan parafrasa dan tautan kolokasi antoniman, iaitu
sebanyak lima ayat dan diikuti oleh tautan penghubung ayat, iaitu sebanyak dua
ayat yang telah digunakan.
Perbezaan yang agak sedikit
antara tautan kolokasi kohiponiman dan tautan perulangan struktur dan makna
sama adalah disebabkan oleh penulis banyak pengelompokan benda yang berlaku
dalam lirik lagu ‘Cari Tapak’ ini. Tambahan pula, penulis juga banyak
menggunakan tautan perulangan struktur dan makna sama dalam lirik ini
No comments:
Post a Comment