Lagu Selamat Hari Raya - Saloma
Selamat aidilfitri B1
Kepada saudara serta saudari B2
Setahun hanya sekali B3
Merayakan hari yang mulia ini B4
Di masa bulan remdan B5
Kita berpuasa hingga sebulan B6
Pabila Syawal menjelma B7
Hari raya disambut dengan gembira B8
( korus 1 )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni B9
Mengunjungi sanak kaum famili B10
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini B11
Tua muda wajah berseri-seri B12
Selamat hari raya B13
Pada saudari saudara semua B14
Marilah dengan gembira B15
Merayakan aidilfitri yang mulia B16
Di sana kelihatan B17
Bermacam kuih ketupat dan rendang B18
Mintak bu kuih sepotong B19
Saya mahu makan kerna perut kosong B20
Dam dam dum bunyi mercun B21
Kanak-kanak segera datang berduyun B22
Dam dam dum mercun berdentum B23
Semaraklah hari raya ini tahun B24
( korus 2 )
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan B25
Diharap supaya jangan disimpan B26
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki B27
Semoga Tuhan akan memberkati B28
Selamat hari raya B29
Hari untuk kita bersuka ria B30
Selamat mari ucapkan B31
Untuk kita hingga sampai tahun depan B32
Selamat hari raya ! B34
PENGENALAN
Saban tahun lagu Selamat Hari Raya pasti berkumandang di udara terutama menjelang Aidilfitri. Sekalipun lagu baru datang dan pergi, lagu klasik Selamat Hari raya nyanyian Allahyarham Puan Sri Saloma versi rakaman 1973, tetap menjadi pilihan peminat.Lagu ciptaan Ahmad itu mulanya dirakamkan untuk menghiasi filem Selamat Hari Raya arahan Krishnan terbitan 1955. Filem itu dibintangi Datuk Maria Menado bersama Allahyarham Datuk S Roomai Noor. Sejak awal lagi lagu itu memang dinyanyikan Saloma, cuma versinya berbeza dari segi susunan muzik dan lirik. Versi asal menyelitkan kemeriahan bermain mercun tetapi tidak lagi dalam versi 1973.
Lagu ini menarik perhatian untuk dikaji analisis wacana kerana mempunyai kesatuan yang utuh dalam beliau . Walaupun ayat yang digunakan ringkas tetapi saling bersangkut antara satu sama lain . Lagu ini mempunyai sebanyak 34 baris .
ANALISIS DISKRIPSI KONSEP TAUTAN DALAM LIRIK LAGU ‘SELAMAT HARI RAYA’
Penelitian aspek tautan dipengaruhi sepenuhnya unsur linguistik yang berfungsi untuk membentuk satu ikatan dalam sesuatu wacana agar menjadi satu ikatan yang kukuh dan bermakna. Dalam lirik lagu ‘ Selamat Hari Raya ’ ini , kehadiran konsep tautan dapat dikenalpasti melalui kaedah tautan perulangan , tautan kolokasi , dan tautan peghubung ayat . Ketiga-tiga jenis tautan utama ini dikaji berdasarkan sebjenis masing-masing .
TAUTAN PERULANGAN
Tautan Perulangan Paralelisme
Tautan ini merupakan kebalikan kepada perulangan parafrasa . Unsur yang bertaut adalah bukan bersifat leksikal sehingga termasuk ke dalam tautan kolokasi antoniman, tetapi sekadar antara ayat atau unit teks yang pendek-pendek atau subjek atau predik sesuatu ayat sehingga terasa hubungan itu sesuatu segnifikan .
Contoh 1 :
B.2 Kepada saudara serta saudari
B.14 Pada saudari saudara semua
Contoh 2 :
B.4 Merayakan hari yang mulia ini
B.16 Merayakan adilfitri yang mulia
Contoh 3 :
B.21 Dam dam dum bunyi mercun
B.23 Dam dan dum mercun berdentum
Ayat B.21 dan B.23 mempunyai tautan perulangan paralelisme apabila makna diulang dalam tetapi menggunakan struktur unsur linguistik yang sama tetapi makna yang berbeza .
Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama
Tautan ini merujuk kepada insur yang bertaut , bukan bertaraf leksikal tetapi yang bertaraf frasa sehinggalah ayat yang sama dari segi aspek tertentu paralelisme dan parafrasa . Jenis ini menyatukan aspek tertentu paralelisme dan parafrasa.
Contoh 1 :
B.13 Selamat hari raya
B.29 Selamat hari raya
B.34 Selamat hari raya
Pengulangan frasa Selamat hari raya dalam 3 baris di atas membuktikan penulis menggunakan konsep tautan perulangan struktur dan makna sama.
Seterusnya kita beralih kepada kajian yang melihat tautan lolokasi dalam lagu ini .
TAUTAN KOLOKASI
Tautan kolokasi ini tebahagi kepada empat jenis . Antaranya ialah kolokasi antoniman , kolokasi kohiponiman , kolokasi hasil , dan kolokasi sifat . Dalam lagu ini , pengkaji hanya dapat kenal pasti tautan kolokasi antoniman dan tautan kolokasi kohiponiman.
Tautan Kolokasi Antoniman
Tautan antoniman bermaksud hubungan keberadaan unsur tautan yang bercirikan makna berlawanan .
Contoh 1 :
B.9 Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Contoh 2:
B.12 Tua muda wajah berseri-seri
Contoh 3:
B.14 Pada saudari saudara semua
Tautan kolokasi antonim dapat dilihat dalam contoh di atas . Antonim dalam contoh satu ialah miskin dan kaya , manakala contoh antonim dalam contoh dua ialah tua dan muda .
Tautan Kolokasi Kohiponiman
Merujuk kepada keberadaan hubungan makna unsur yang bertaut di peringkat superordinat dengan ordinatnya , atau antara hiponim , atau termasuk meronimi , iaitu hubungan unsur sebahagian dengan unsur yang menyeluruh , atau antara unsur yang sebahagian daripada entiti yang menyeluruh .
Contoh 1:
B5. Di masa bulan remdan
B7. Pabila Syawal menjelma
Contoh 2 :
B.18 Bermacam kuih ketupat dan rendang
Kolokasi kehiponiman ini dapat dilihat dalam kumpulan makanan . B.18 adalah menunjukkan pengumpulan jenis makanan , iaitu ketupat dan rendang .
Dapat disimpulkan bahawa hanya sebilangan penjenisan konsep tautan dalam tautan pengulangan , kolokasi sahaja yang terdapat dalam lagu ini .
ANALISIS KUANTITATIF ASPEK TAUTAN DALAM LAGU ‘SELAMAT HARI RAYA’
Analisis kuantitatif ini berdasarkan bilangan baris yang mengandungi unsur tautan mengikut kategori masing-masing .
Tautan
|
Nombor Ayat
|
Jumlah
|
Perulangan
| ||
Perulangan
Rujukan ( TP 1 )
|
0
|
0
|
Perulangan
Pengantian ( TP 2 )
|
0
|
0
|
Perulangan Elipsis ( TP 3 )
|
0
|
0
|
Perulangan
Leksikl ( TP 4 )
|
0
|
0
|
Perulangan Parafrasa ( TP 5 )
|
0
|
0
|
Perulangan
Paralelisme (TP6 )
|
B.2, B.4, B.14, B.16, B.21, B.23
|
6
|
Perulangan Struktur dan Makna Sama (TP 7 )
|
B.13, B.29, B.34
|
3
|
Jumlah
|
9
|
Kolokasi
| ||
Kolokasi Antoniman ( TK 1 )
|
B.9, B.12, B.14
|
3
|
Kolokasi Kohiponiman
( TK 2 )
|
B.5, B.7, B.18
|
3
|
Kolokasi Hasil
(TK 3)
|
0
|
0
|
Kolokasi Sifat
( TK 4 )
|
0
|
0
|
Jumlah
|
6
|
Penghubung Ayat
| ||
Penghubung Ayat Tambahan ( TPA 1)
|
0
|
0
|
Penghubung Ayat Pertentangan ( TPA2)
|
0
|
0
|
Penghubung Ayat Sebab-Musabab ( TPA3)
|
0
|
0
|
Penghubung Ayat Waktu ( TPA4)
|
0
|
0
|
Penghubung Ayat Terusan ( TPA5 )
|
0
|
0
|
Jumlah
|
0
|
Graf yang menunjukkan bilangan baris mengikut kategori masing-masing.
Berdasarkan jadual dan graf di atas , didapati bahawa tautan perulangan paralelisme mempunyai 6 baris yang paling banyak digunakan dalam penghasilan lagu ini . Kemudian diikuti dengan tautan perulangan struktur dan makna . Tautan perulangan paralelisme lebih banyak digunkan berbanding tautan perulangan struktur dan makna.
Dalam tautan kolokasi, didapati tautan antoniman dan tautan kolokasi kohiponiman digunakan secara sama banyak iaitu masing- masing mempunyai 3 baris,manakala tautan kolokasi hasil dan sifat tidak digunakan dalam lagu ini .
Tautan penghubung ayat sama sekali tidak digunakan ada menghasilkan lagu selamat hari raya .
No comments:
Post a Comment