Wednesday, April 26, 2017

Lagu Wajah


Lagu Wajah - Jaclyn Victor


Berbumbungkan B1
Angkasa kelabu B2
Lantainya bumi B3
Retak seribu B4

Setiap langkah B5
Perjalananmu B6
Beronak B7
Berliku B8
Betapa berat B9
mata memandang B10
Berat bahu B11
Menggalas bebanan B12

Belum sempat B13
Menitis ke pipi B14
Tangisan B15
Kering sendiri B16

Berkali tersungkur B17
Pandanganmu kabur B18
Namun azam B19
Meneruskan hidup B20
Tak pernah luntur B21

Engkaulah perwira B22
Di medan derita B23
Merentasi B24
Ranjau keidupan B25
Dengan harapan B26

Lauhan rasa derita jiwa B27
Pada wajah tiada rahsia B28
Menunggu malang B29
Berganti tuah B30
Usah kau berputus asa B31

Berkali tersungkur B32
Pandanganmu kabur B33
Namun azam B34
Meneruskan hidup B35
Tak pernah luntur B36

Engkaulah perwira B37
Di medan derita B38
Merentasi B39
Ranjau keidupan B40
Dengan harapan B41

Lauhan rasa derita jiwa B42
Pada wajah tiada rahsia B43
Menunggu malang B44
Berganti tuah B45
Usah kau berputus asa B46
Usah kau berputus asa B47

Kaulah wira! B48

PENGENALAN

"Wajah" ialah lagu nyanyian Jaclyn Victor yang dijadikan lagu tema dokumentari siaran TV3, iaitu Bersamamu yang memaparkan golongan tidak bernasib baik di Malaysia sambil meminta para penonton menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka. Lagu ini dikeluarkan pada tahun 2005 . Othman Mohamed dan Habsah Hassan ialah penulis lirik bagi lagu tersebut .Lagu ini menarik perhatian untuk dikaji analisis wacana kerana mempunyai kesatuan yang utuh dalam beliau . Walaupun ayat yang digunakan ringkas tetapi saling bersangkut antara satu sama lain . Lagu ini mempunyai sebanyak 47 baris .


ANALISIS DISKRIPSI KONSEP TAUTAN DALAM LIRIK LAGU ‘SELAMAT HARI RAYA’

Penelitian aspek tautan dipengaruhi sepenuhnya unsur linguistik yang berfungsi untuk membentuk satu ikatan dalam sesuatu wacana agar menjadi satu ikatan yang kukuh dan bermakna. Dalam lirik lagu ‘ Wajah’ ini , kehadiran konsep tautan dapat dikenalpasti melalui kaedah tautan perulangan ,  dan tautan kolokasi. Kedua-dua jenis tautan utama ini dikaji berdasarkan sebjenis masing-masing .


TAUTAN PERULANGAN
Tautan perulangan meliputi bentuk , makna , dan fungsi . tautan ini terdiri daripada tujuh jenis .

Tautan Perulangan Rujukan

Kaedah tautan perulangan rujukan ialah unsur yang berhubungan dikaitkan kerana adanya makna rujukan itu walaupun bentuk unsur itu tidak sama .

Contoh 1 :
Perjalananmu B6
Pandanganmu kabur B17
Contoh 2 :
Engkaulah perwira B36
Kaulah wira! B47

Perkataan engkaulah dalam B36 mempunyai hubungan semantik dengan B47 kau . Pertalian diantara dua perkataan ini adalah dari segi hubungan semantik , iaitu dalam bentuk tautan perulangan kata ganti diri.

Tautan Perulangan Parafrasa
Perulangan makna yang sama , bukan yang bertaraf leksikal tetapi daripada unsur yang bersifat frasa sehinggalah ayat.

Contoh 1 :
Beronak B7
Berliku B8

Tautan perulangan parafrasa dapat dilihat dalam contoh di atas . Hal ini kerana perulangan makna yang sama tetapi perkataan yang berbeza.

Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama

Tautan ini merujuk kepada insur yang bertaut , bukan bertaraf leksikal tetapi yang bertaraf frasa sehinggalah ayat yang sama dari segi aspek tertentu paralelisme dan parafrasa . Jenis ini menyatukan aspek tertentu paralelisme dan parafrasa.

Contoh 1 :
Betapa berat B9
Berat bahu B11
  
Contoh 2:
Berkali tersungkur B17
Pandanganmu kabur B18
Namun azam B19
Meneruskan hidup B20
Tak pernah luntur B21

Berkali tersungkur B32
Pandanganmu kabur B33
Namun azam B34
Meneruskan hidup B35
Tak pernah luntur B36

Contoh 3 :

Engkaulah perwira B22
Di medan derita B23
Merentasi B24
Ranjau keidupan B25
Dengan harapan B26

Engkaulah perwira B37
Di medan derita B38
Merentasi B39
Ranjau keidupan B40
Dengan harapan B41

Contoh 4 :

Lauhan rasa derita jiwa B27
Pada wajah tiada rahsia B28
Menunggu malang B29
Berganti tuah B30
Usah kau berputus asa B31
Lauhan rasa derita jiwa B42
Pada wajah tiada rahsia B43
Menunggu malang B44
Berganti tuah B45
Usah kau berputus asa B46

Contoh 5 :
Lauhan rasa derita jiwa B27
Di medan derita B38
Lauhan rasa derita jiwa B42

Contoh 6 :
Usah kau berputus asa B31
Usah kau berputus asa B46
Usah kau berputus asa B47

Pengulangan frasa Usah kau berputus asa dalam 3 baris di atas membuktikan penulis menggunakan konsep tautan perulangan struktur dan makna sama.

TAUTAN KOLOKASI

Tautan kolokasi ini tebahagi kepada empat jenis . Antaranya ialah kolokasi antoniman , kolokasi kohiponiman , kolokasi hasil , dan kolokasi sifat . Dalam lagu ini , pengkaji hanya dapat kenal pasti tautan kolokasi antoniman dan tautan kolokasi kohiponiman.

Tautan Kolokasi Antoniman
Tautan antoniman bermaksud hubungan keberadaan unsur tautan yang bercirikan makna berlawanan .

Contoh 1 :
Menunggu malang B29
Berganti tuah B30

Tautan kolokasi antonim dapat dilihat dalam contoh di atas . Antonim dalam contoh satu ialah malang dan tuah.

Tautan Kolokasi Kohiponiman

Merujuk kepada keberadaan hubungan makna unsur yang bertaut di peringkat superordinat dengan ordinatnya , atau antara hiponim , atau termasuk meronimi , iaitu hubungan unsur sebahagian dengan unsur yang menyeluruh , atau antara unsur yang sebahagian daripada entiti yang menyeluruh .

Contoh 1 :
Angkasa kelabu B2
Lantainya bumi B3

TAUTAN PENGHUBUNG AYAT

Tautan Penghubung ayat bertentangan
Hubungan unsur sebelum dan selepas dengan makna yang bertentangan.

Contoh 1:
Berkali tersungkur B17
Pandanganmu kabur B18
Namun azam B19
Meneruskan hidup B20
Tak pernah luntur B21

Pertentangan ayat dapat dilihat melalui penanda kata pertentangan iaitu , namun .


ANALISIS KUANTITATIF ASPEK TAUTAN DALAM LAGU ‘ WAJAH ’

Analisis kuantitatif ini berdasarkan bilangan baris yang mengandungi unsur tautan mengikut kategori masing-masing .

Tautan
Nombor Ayat
Jumlah
Perulangan
Perulangan
Rujukan ( TP 1 )
B.6, B.17, B.36, B.47
4
Perulangan
Pengantian ( TP 2 )
0
0
Perulangan Elipsis ( TP 3 )

0
0
Perulangan
Leksikal ( TP 4 )
0
0
Perulangan Parafrasa ( TP 5 )
B.7 , B.8
2
Perulangan
Paralelisme (TP6 )
0
0
Perulangan Struktur dan Makna Sama (TP 7 )
B.9, B.11, B.17, B.18, B.19,B.20, B.21, B.22, B.23, B.24, B.25, B.26, B.27, B.28, B.29, B.30, B.31, B.32, B.33, B.34, B.35, B.36, B.37, B.38, B.39, B.40, B.41 , B.42, B.43, B.44, B.45 , B.47
32
Jumlah
38


Kolokasi
Kolokasi Antoniman ( TK 1 )
B.29 , B.30
2
Kolokasi Kohiponiman
( TK 2 )
B.2 , B.3
2
Kolokasi Hasil
(TK 3)
0
0
Kolokasi Sifat
( TK 4 )
0
0
Jumlah
4


Penghubung Ayat
Penghubung Ayat Tambahan ( TPA 1)
0
0
Penghubung Ayat Pertentangan ( TPA2)
B.19 , B.34
2
Penghubung Ayat Sebab-Musabab ( TPA3)
0
0
Penghubung Ayat Waktu ( TPA4)
0
0
Penghubung Ayat Terusan ( TPA5 )
0
0
Jumlah
2

Graf yang menunjukkan bilangan baris mengikut kategori masing-masing.



Berdasarkan jadual dan graf di atas , didapati bahawa tautan perulangan struktur dan makna banyak digunakan oleh penulis untuk menghasilkan lagu ini, iaitu sebnayk 32 baris . Kemudian diikuti dengan tautan perulangan rujukan sebanyak 5 baris dan tautan perulangan parafrasa sebanyak 2 baris . Dengan ini jelas dapat dilihat tautan perulangan struktur dan maklumat  lebih banyak digunakan berbanding tautan lain.
Dalam tautan kolokasi, didapati tautan antoniman dan tautan kolokasi kohiponiman digunakan secara sama banyak iaitu masing- masing mempunyai 2 baris,manakala tautan kolokasi hasil dan sifat tidak digunakan dalam lagu ini .
Tautan penghubung ayat mempunyai lima jenis , tetapi penulis hanya menggunakan 1 jenis sahaja , iaitu tautan penghubung ayat pertentangan . Ianya digunakan sebanyak 2 kali .

No comments:

Post a Comment