Lirik Lagu Zapin Usik Mengusik – Senario
B1 Adik pandang-pandang pandang pada siapa
B2 Kalau pada abang hai gembira rasanya
B3 Adik senyum-senyum senyuman yang menggoda
B4 Adik jangan bingung kami belum berpunya
B5 Abang lirik-lirik melirik pada siapa
B6 Kalau pada adik bolayanlah jalannya
B7 Abang kenyit-kenyit kenyit mata buaya
B8 Abang baik sikit nanti ku pulas telinga
B9 Hai cik adik, Ya cik abang
B10 Manis jelita, Biasa saja
B11 Siapa nama, Itu rahsia
B12 Tinggal di mana, Rumah bonda
B13 Bolehkah kami, Boleh apanya abang
B14 Jalan bersama, Oh itu bahaya
B15 Jangan bimbang kami bujang trang tang tang
B16 Hai cik adik sayang jalan melenggang-lenggang
B17 Tak ubah seperti hai putri gunung ledang
B18 Hai cik abang sayang jangan cuba menggoda
B19 Muka cik abang semua tak boleh dipercaya
B20 Hai cik abang, cik adik sayang
B21 Adik bertanya, Nak tanya apa
B22 Kenapa abang, Kenapa saya
B23 Suka buang masa, Memang hobi kita
B24 Nampak bergaya, Itu eksyen saja
B25 Apapun tak ada, Tapi debu ada
B26 Memang abang semua tak berguna
B27 Hai cik adik, Ya cik abang
B28 Pilihlah saya, Muka tak lawa
B29 Ambillah saya, Misai tak ada
B30 Kalau saya pula, Kurus pula
B31 Dah tentu saya, Botak kepala
B32 Nak macam mana, Hensem bergaya
B33 Kami pun hensem juga ya ya ya ya
B34 Usik mengusik tiada salahnya
B35 Asalkan baik niat di hatinya
B36 Lebih baik bermaafan sahaja
B37 Agar hidup kan lebih bahagia
B38 Bersama
B39 Marilah kita bersalam-salaman
B40 Tanda bermulakan persahabatan
B41 Jikalau ada terkasar bahasa
B42 Bermaaf-maafanlah di antara kita
B43 Bermaaf-maafanlah antara kita
LAGU ‘ZAPIN USIK MENGUSIK’
Lagu Zapin Usik Mengusik ini dicipta
oleh Naz yang bertemakan usik mengusik. Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan
Senario dan Haida. Lagu ini mempunyai 43 baris lagu. Lagu ini menarik untuk
dikaji analisis wacana kerana mempunyai kesatuan yang utuh dalam lirik lagu
ini.
ANALISIS DESKRIPSI KONSEP TAUTAN DALAM LIRIK LAGU ‘ZAPIN
USIK MENGUSIK’
Penelitian aspek tautan
dipengaruhi sepenuhnya oleh unsur linguistik yang berfungsi untuk membentuk
satu ikatan dalam sesuatu wacana agar menjadi satu ikatan yang kukuh dan
bermakna. Dalam lirik lagu ‘Zapin Usik Mengusik’ kehadiran konsep tautan ini
dapat dikenal pasti melalui kaedah tautan perulangan, tautan kolokasi dan
tautan penghubung ayat. Ketiga-tiga tautan utama ini dikaji berdasarkan
subjenis masing-masing.
Tautan Perulangan
Kriteria penjenisan tautan
perulangan ini meliputi bentuk, makna dan fungsi. Tautan ini mempunyai tujuh
jenis, iaitu tautan perulangan rujukan, tautan perulangan penggantian, tautan
perulangan elipsis, tautan perulangan leksikal, tautan perulangan parafrasa,
tautan perulangan paralelisme dan tautan perulangan struktur dan makna sama.
i.
Tautan Perulangan
Elipsis
Tautan perulangan
elipsis menyamai perulangan penggantian atau pengantian kosong. Menurut
Halliday dan Hassan, elipsis merupakan proses atau hasil penggantian unsur
bahasa oleh unsur pembeza atau menjelaskan
sesuatu tertentu manakala menurut Mohd Rashid Idris (2004) elipsis
merujuk kepada perulangan struktur linguistik yang sama dan unsur yang sama
tetapi menghilangkan sebahagian daripada ujarannya.
Contoh 1 : B1 Adik pandang-pandang, ᴓ pandang pada siapa
B1 merupakan ayat
yang mengandungi konsep tautan dari segi tautan perulangan elipsis. Bukti ini
dapat dilihat pada ayat ... ᴓ pandang
pada siapa. Tanda ᴓ menunjukkan
berlakunya pengguguran kata nama pada awal ayat, iaitu pengguguran kata nama Adik.
Contoh 2 : B5 Abang melirik-lirik, ᴓ melirik pada siapa
B5 merupakan ayat
perulangan elipsis. Hal ini dibuktikan pada ayat ... ᴓ melirik pada siapa. Tanda ᴓ
menunjukkan bahawa telah berlaku pengguguran kata nama Abang.
- ii. Tautan Perulangan Struktur Dan Makna Sama
Tautan perulangan
struktur dan makna sama merujuk kepada unsur yang bertaut, bukan bertaraf
leksikal tetapi bertaraf frasa sehinggalah ayat yang sama dari aspek tertentu
paralelisme dan parafrasa. Tautan jenis ini menyatukan aspek tertentu
paralelisme dan parafrasa.
Contoh 1 : B1 Adik
pandang-pandang pandang pada siapa
B3 Adik senyum-senyum senyuman yang menggoda
B4 Adik jangan bingung kami belum berpunya
Perulangan
kata Adik dalam empat ayat di atas
menunjukkan penulis lagu menggunakan konsep tautan perulangan struktur dan makna
sama.
Contoh 2 : B28 Pilihlah saya, Muka tak lawa
B29 Ambillah saya, Misai tak ada
B30 Kalau saya pula, Kurus pula
B31 Dah tentu saya, Botak kepala
Perulangan
kata saya dalam empat ayat di atas
menunjukkan penulis lagu menggunakan konsep tautan perulangan struktur dan
makna sama.
- iii. Tautan Perulangan Rujukan
Tautan perulangan
rujukan ialah unsur yang berhubungan dikaitkan. Hal ini demikian kerana adanya
makna rujukan itu walaupun bentuk unsur itu tidak sama.
Contoh 1: B2 Kalau pada abang hai gembira rasannya
B4 Adik jangan bingung kami belum berpunya
Perkataan
kami dalam B4 mempunyai hubungan semantik dengan B2, iaitu abang. Pertalian antara kedua-dua
perkataan ini ialah dari segi hubungan semantik, iaitu bentuk tautan perulangan
kata ganti nama diri ketiga kepada kata ganti nama diri pertama ramai.
Contoh 2 : B6 Kalau pada adik bolayanlah jalannya
B8 Abang baik sikit nanti kupulas telinga
Perkataan
ku dalam B8 mempunyai hubungan semantik dengan B6, iaitu adik. Pertalian antara kedua-dua
perkataan ini ialah dari segi hubungan semantik, iaitu bentuk tautan perulangan
kata ganti nama diri ketiga kepada kata ganti nama diri pertama.
Namun begitu, daripada tujuh
jenis tautan perulangan yang ada hanya tiga sahaja yang ada. Selebihnya, iaitu
tautan perulangan parafrasa, tautan perulangan paralelisme, dan perulangan
penggantian tiada data untuk dirujuk dalam korpus yang telah dipilih.
Tautan Kolokasi
Penjenisan tautan kolokasi ini
terbahagi kepada empat jenis, iaitu kolokasi antoniman, kolokasi kohiponiman,
kolokasi hasil dan kolokasi sifat.
- i. Tautan Kolokasi Antoniman
Tautan kolokasi
antoniman membawa maksud keberadaan unsur tautan yang bercirikan makna
berlawanan. Tautan jenis ini termasuk dalam tautan leksikal jenis kolokasi.
Contoh 1 : B1 Adik
pandang-pandang pandang pada siapa
B2 Kalau pada abang hai gembira rasanya
Tautan
antoniman dapat dilihat dalam contoh ayat di atas. Antonim dalam contoh 1,
iaitu perkataan adik dan abang.
Namun begitu, hanya terdapat
satu daripada empat jenis tautan kolokasi. Antara tautan kolokasi yang tidak
terdapat dalam lirik lagu Zapin Usik mengusik ini ialan tautan kolokasi
kohiponiman, tautan kolokasi hasil, dan tautan kolokasi sifat.
Tautan Penghubung Ayat
Tautan jenis ini dibahagikan
kepada lima, iaitu penghubung ayat tambahan, tentangan, sebab-musabab, waktu
dan terusan. Tautan ini mempunyai asa yang berdasarkan kriteria-kriteria makna
unsur yang bertaut sebelum dan selepas sesuatu penghubung ayat yang menandainya
- i. Tautan penghubung ayat sebab-musabab
Tautan ini
menjelaskan hubungan makna yang wujud antara unsur yang sebelum dan yang
selepas dengan makna alasan, akibat, tujuan, dan syarat yang ditujukan melalui
penghubung ayat.
Contoh 1 : B 41 Jikalau ada terkasar bahasa
Contoh ayat pada B41 merupakan penghubung ayat
sebab-musabab. Penanda kata penghubung
sebab akibat ialah perkataan jikalau.
Namun hanya
terdapat satu saja tautan penghubung ayat, selebihnya tautan penghubung ayat
tambahan, bertentangan dan ayat waktu tiada data untuk dirujuk dalam korpus
yang dipilih
ANALISIS KUANTITATIF ASPEK TAUTAN DALAM LIRIK LAGU ‘ZAPIN
USIK MENGUSIK’
Analisis kuantitatif ini
berdasarkan bilangan ayat yang mengandungi unsur tautan mengikut kategori
masing-masing.
TAUTAN
|
NOMBOR BARIS
|
JUMLAH
|
Perulangan
|
||
Perulangan Rujukan (TP1)
|
B2, B4, B6, B8
|
4
|
Perulangan Penggantian (TP2)
|
-
|
0
|
Perulangan Elipsis (TP3)
|
B1, B3, B5, B7,B12, B21, B32
|
7
|
Perulangan Leksikal (TP4)
|
-
|
0
|
Perulangan Parafrasa (TP5)
|
-
|
0
|
Perulangan Paralelisme (TP6)
|
-
|
0
|
Perulangan Struktur dan Makna Sama (TP7)
|
B1, B3, B4, B5, B7, B8, B18, B19, B28, B29, B30, B31, B36, B42, B43
|
15
|
Jumlah 26
|
TAUTAN
|
NOMBOR BARIS
|
JUMLAH
|
KOLOKASI
|
||
Kolokasi Antoniman (TK1)
|
B1, B2, B5, B6, B9, B16, B18, B20, B27
|
9
|
Kolokasi Kohiponiman (TK2)
|
-
|
0
|
Kolokasi Hasil (TK3)
|
-
|
0
|
Kolokasi Sifat (TK4)
|
-
|
0
|
Jumlah 9
|
TAUTAN
|
NOMBOR BARIS
|
JUMLAH
|
Penghubung Ayat
|
||
Penghubung Ayat Tambahan (TPA1)
|
-
|
0
|
Penghubung Ayat Pertentangan (TPA2)
|
-
|
0
|
Penghubung Ayat Sebab-Musabab (TPA3)
|
1
|
1
|
Penghubung Ayat Waktu (TPA4)
|
-
|
0
|
Penghubung Ayat Terusan (TPA5)
|
-
|
0
|
Jumlah 1
|
Berdasarkan jadual dan graf di
atas, didapati bahawa tautan perulangan struktur dan makna sama mempunyai
jumlah ayat yang paling banyak digunakan, iaitu sebanyak 15 ayat. Kemudian
diikuti oleh tautan kolokasi antoniman, iaitu sebanyak sembilan ayat. Tempat
ketiga pula ialah tautan perulangan elipsis, iaitu sebanyak tujuh ayat dan
diikuti oleh tautan perulangan rujukan, iaitu sebanyak empat ayat. Tautan penghubung ayat hanya
terdapat satu, iaitu tautan penghubung ayat sebab-musabab.
Perbezaan ketara antara tautan
perulangan struktur dan makna sama dan tautan perulangan elipsis adalah
disebabkan oleh penulis menggunakan maklumat atau ayat yang sama berulang kali
manakala tautan kolokasi, penulis hanya menggunakan tautan kolokasi antoniman
yang merujuk kepada makna yang berlawanan.
Gambling Laws for Casinos
ReplyDeleteGambling Laws 바카라 게임 사이트 in the UK 온라인포커 – Laws, 돌겠네 진짜 News, Tips and Regulations 바카라시스템 for 2021. Gambling Laws in the UK – Laws, 야구 분석 News, Tips and Regulations for 2021.