4.0 PENUTUP
Berdasarkan
dapatan kajian yang diperolehi oleh pengkaji, mengenai kajian yang dijalankan
iaitu menganalisis tautan dalam lirik lagu yang bertajuk Wajah, Selamat Hari
Raya, Cari Tapak, Zapin Usik Mengusik, Sebelum dan Sesudah, dan Gurindam
Jiwa, jelas memperlihatkan aspek-aspek tautan. Hasil dapatan aspek tautan
ini juga memperlihatkan perkaitan antara satu ayat dengan ayat lain yang saling
memerlukan bagi menjelaskan maksud
lagu-lagu berkenaan. Keadaan ini telah memudahkan pendengar, termasuk pengkaji
sendiri untuk memahami maksud lagu-lagu tersebut. Sekiranya ciri ini tiada
dalam lagu-lagu tersebut, maka sudah pasti menjadi sukar untuk para pendengar memahami kandungan lagu Wajah, Selamat Hari
Raya, Cari Tapak, Zapin Usik Mengusik, Sebelum dan Sesudah, dan Gurindam
Jiwa.
No comments:
Post a Comment