Wednesday, April 26, 2017

Lagu Wajah


Lagu Wajah - Jaclyn Victor


Berbumbungkan B1
Angkasa kelabu B2
Lantainya bumi B3
Retak seribu B4

Setiap langkah B5
Perjalananmu B6
Beronak B7
Berliku B8
Betapa berat B9
mata memandang B10
Berat bahu B11
Menggalas bebanan B12

Belum sempat B13
Menitis ke pipi B14
Tangisan B15
Kering sendiri B16

Berkali tersungkur B17
Pandanganmu kabur B18
Namun azam B19
Meneruskan hidup B20
Tak pernah luntur B21

Engkaulah perwira B22
Di medan derita B23
Merentasi B24
Ranjau keidupan B25
Dengan harapan B26

Lauhan rasa derita jiwa B27
Pada wajah tiada rahsia B28
Menunggu malang B29
Berganti tuah B30
Usah kau berputus asa B31

Berkali tersungkur B32
Pandanganmu kabur B33
Namun azam B34
Meneruskan hidup B35
Tak pernah luntur B36

Engkaulah perwira B37
Di medan derita B38
Merentasi B39
Ranjau keidupan B40
Dengan harapan B41

Lauhan rasa derita jiwa B42
Pada wajah tiada rahsia B43
Menunggu malang B44
Berganti tuah B45
Usah kau berputus asa B46
Usah kau berputus asa B47

Kaulah wira! B48

PENGENALAN

"Wajah" ialah lagu nyanyian Jaclyn Victor yang dijadikan lagu tema dokumentari siaran TV3, iaitu Bersamamu yang memaparkan golongan tidak bernasib baik di Malaysia sambil meminta para penonton menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka. Lagu ini dikeluarkan pada tahun 2005 . Othman Mohamed dan Habsah Hassan ialah penulis lirik bagi lagu tersebut .Lagu ini menarik perhatian untuk dikaji analisis wacana kerana mempunyai kesatuan yang utuh dalam beliau . Walaupun ayat yang digunakan ringkas tetapi saling bersangkut antara satu sama lain . Lagu ini mempunyai sebanyak 47 baris .


ANALISIS DISKRIPSI KONSEP TAUTAN DALAM LIRIK LAGU ‘SELAMAT HARI RAYA’

Penelitian aspek tautan dipengaruhi sepenuhnya unsur linguistik yang berfungsi untuk membentuk satu ikatan dalam sesuatu wacana agar menjadi satu ikatan yang kukuh dan bermakna. Dalam lirik lagu ‘ Wajah’ ini , kehadiran konsep tautan dapat dikenalpasti melalui kaedah tautan perulangan ,  dan tautan kolokasi. Kedua-dua jenis tautan utama ini dikaji berdasarkan sebjenis masing-masing .


TAUTAN PERULANGAN
Tautan perulangan meliputi bentuk , makna , dan fungsi . tautan ini terdiri daripada tujuh jenis .

Tautan Perulangan Rujukan

Kaedah tautan perulangan rujukan ialah unsur yang berhubungan dikaitkan kerana adanya makna rujukan itu walaupun bentuk unsur itu tidak sama .

Contoh 1 :
Perjalananmu B6
Pandanganmu kabur B17
Contoh 2 :
Engkaulah perwira B36
Kaulah wira! B47

Perkataan engkaulah dalam B36 mempunyai hubungan semantik dengan B47 kau . Pertalian diantara dua perkataan ini adalah dari segi hubungan semantik , iaitu dalam bentuk tautan perulangan kata ganti diri.

Tautan Perulangan Parafrasa
Perulangan makna yang sama , bukan yang bertaraf leksikal tetapi daripada unsur yang bersifat frasa sehinggalah ayat.

Contoh 1 :
Beronak B7
Berliku B8

Tautan perulangan parafrasa dapat dilihat dalam contoh di atas . Hal ini kerana perulangan makna yang sama tetapi perkataan yang berbeza.

Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama

Tautan ini merujuk kepada insur yang bertaut , bukan bertaraf leksikal tetapi yang bertaraf frasa sehinggalah ayat yang sama dari segi aspek tertentu paralelisme dan parafrasa . Jenis ini menyatukan aspek tertentu paralelisme dan parafrasa.

Contoh 1 :
Betapa berat B9
Berat bahu B11
  
Contoh 2:
Berkali tersungkur B17
Pandanganmu kabur B18
Namun azam B19
Meneruskan hidup B20
Tak pernah luntur B21

Berkali tersungkur B32
Pandanganmu kabur B33
Namun azam B34
Meneruskan hidup B35
Tak pernah luntur B36

Contoh 3 :

Engkaulah perwira B22
Di medan derita B23
Merentasi B24
Ranjau keidupan B25
Dengan harapan B26

Engkaulah perwira B37
Di medan derita B38
Merentasi B39
Ranjau keidupan B40
Dengan harapan B41

Contoh 4 :

Lauhan rasa derita jiwa B27
Pada wajah tiada rahsia B28
Menunggu malang B29
Berganti tuah B30
Usah kau berputus asa B31
Lauhan rasa derita jiwa B42
Pada wajah tiada rahsia B43
Menunggu malang B44
Berganti tuah B45
Usah kau berputus asa B46

Contoh 5 :
Lauhan rasa derita jiwa B27
Di medan derita B38
Lauhan rasa derita jiwa B42

Contoh 6 :
Usah kau berputus asa B31
Usah kau berputus asa B46
Usah kau berputus asa B47

Pengulangan frasa Usah kau berputus asa dalam 3 baris di atas membuktikan penulis menggunakan konsep tautan perulangan struktur dan makna sama.

TAUTAN KOLOKASI

Tautan kolokasi ini tebahagi kepada empat jenis . Antaranya ialah kolokasi antoniman , kolokasi kohiponiman , kolokasi hasil , dan kolokasi sifat . Dalam lagu ini , pengkaji hanya dapat kenal pasti tautan kolokasi antoniman dan tautan kolokasi kohiponiman.

Tautan Kolokasi Antoniman
Tautan antoniman bermaksud hubungan keberadaan unsur tautan yang bercirikan makna berlawanan .

Contoh 1 :
Menunggu malang B29
Berganti tuah B30

Tautan kolokasi antonim dapat dilihat dalam contoh di atas . Antonim dalam contoh satu ialah malang dan tuah.

Tautan Kolokasi Kohiponiman

Merujuk kepada keberadaan hubungan makna unsur yang bertaut di peringkat superordinat dengan ordinatnya , atau antara hiponim , atau termasuk meronimi , iaitu hubungan unsur sebahagian dengan unsur yang menyeluruh , atau antara unsur yang sebahagian daripada entiti yang menyeluruh .

Contoh 1 :
Angkasa kelabu B2
Lantainya bumi B3

TAUTAN PENGHUBUNG AYAT

Tautan Penghubung ayat bertentangan
Hubungan unsur sebelum dan selepas dengan makna yang bertentangan.

Contoh 1:
Berkali tersungkur B17
Pandanganmu kabur B18
Namun azam B19
Meneruskan hidup B20
Tak pernah luntur B21

Pertentangan ayat dapat dilihat melalui penanda kata pertentangan iaitu , namun .


ANALISIS KUANTITATIF ASPEK TAUTAN DALAM LAGU ‘ WAJAH ’

Analisis kuantitatif ini berdasarkan bilangan baris yang mengandungi unsur tautan mengikut kategori masing-masing .

Tautan
Nombor Ayat
Jumlah
Perulangan
Perulangan
Rujukan ( TP 1 )
B.6, B.17, B.36, B.47
4
Perulangan
Pengantian ( TP 2 )
0
0
Perulangan Elipsis ( TP 3 )

0
0
Perulangan
Leksikal ( TP 4 )
0
0
Perulangan Parafrasa ( TP 5 )
B.7 , B.8
2
Perulangan
Paralelisme (TP6 )
0
0
Perulangan Struktur dan Makna Sama (TP 7 )
B.9, B.11, B.17, B.18, B.19,B.20, B.21, B.22, B.23, B.24, B.25, B.26, B.27, B.28, B.29, B.30, B.31, B.32, B.33, B.34, B.35, B.36, B.37, B.38, B.39, B.40, B.41 , B.42, B.43, B.44, B.45 , B.47
32
Jumlah
38


Kolokasi
Kolokasi Antoniman ( TK 1 )
B.29 , B.30
2
Kolokasi Kohiponiman
( TK 2 )
B.2 , B.3
2
Kolokasi Hasil
(TK 3)
0
0
Kolokasi Sifat
( TK 4 )
0
0
Jumlah
4


Penghubung Ayat
Penghubung Ayat Tambahan ( TPA 1)
0
0
Penghubung Ayat Pertentangan ( TPA2)
B.19 , B.34
2
Penghubung Ayat Sebab-Musabab ( TPA3)
0
0
Penghubung Ayat Waktu ( TPA4)
0
0
Penghubung Ayat Terusan ( TPA5 )
0
0
Jumlah
2

Graf yang menunjukkan bilangan baris mengikut kategori masing-masing.



Berdasarkan jadual dan graf di atas , didapati bahawa tautan perulangan struktur dan makna banyak digunakan oleh penulis untuk menghasilkan lagu ini, iaitu sebnayk 32 baris . Kemudian diikuti dengan tautan perulangan rujukan sebanyak 5 baris dan tautan perulangan parafrasa sebanyak 2 baris . Dengan ini jelas dapat dilihat tautan perulangan struktur dan maklumat  lebih banyak digunakan berbanding tautan lain.
Dalam tautan kolokasi, didapati tautan antoniman dan tautan kolokasi kohiponiman digunakan secara sama banyak iaitu masing- masing mempunyai 2 baris,manakala tautan kolokasi hasil dan sifat tidak digunakan dalam lagu ini .
Tautan penghubung ayat mempunyai lima jenis , tetapi penulis hanya menggunakan 1 jenis sahaja , iaitu tautan penghubung ayat pertentangan . Ianya digunakan sebanyak 2 kali .

Tuesday, April 25, 2017

Pengenalan, Latar Belakang Kajian dan Metodologi

1.0       PENGENALAN
Wacana Menurut Mohd Rashid Md Idris et al. (2012), terdapat dua pendapat yang mengusulkan asal usul perkataan ‘wacana’. Pendapat pertama mengatakan ‘wacana’ berasal daripada kosa kata Jawa, iaitu ‘wocono’. ‘Wocono’ pula berasal daripada kata ‘woco’ yang bermaksud baca. Pendapat kedua pula mengatakan wacana daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu ‘discourse’ yang berasal daripada bahasa Latin, iaitu discursus’ yang bermakna ‘larian ke dan lari’.
Wacana mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri menurut pendapat beberapa tokoh. Nik Safiah Karim (2008) dalam Tatabahasa Dewan membahagikan ciri wacana kepada dua, iaitu runtutan dan tautan. Ciri wacana lain menurut beliau ialah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar dan pembaca, maklumat terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks. Mohd Rashid Md Idris (2004) pula membahagikan ciri wacana kepada koheran, kohesi, tujuan, maklumat, diterima, hubungan, andaian dan inferen, gaya dan maklumat tidak berlawanan.
Konsep tautan menurut Pike adalah fitur sesuatu tagmen yang menentukan cara bagaimanakah tagmen itu menguasai atau dikuasai oleh tagmen lain. Tokoh Gutwinksi pula tidak melihat tautan sebagai fitur tetapi sebagai hubungan yang terdapat dalam ayat dan klausa dalam sesuatu teks. Hubungan ini wujud di peringkat strata gramatik dengan ditandai oleh fitur tatabahasa dan leksikal seperti anafora, pemancangan dan pemajmukan. Tautan menurut beliau tidak membentuk struktur wacana, tetapi menggambarkan secara tidak langsung struktur wacana itu diperingkat strata semiologik.
Kesimpulan yang dapat dibuat oleh Sanat Md. Nasir mengenai konsep tautan adalah fungsi tautan dapat dirumuskan sebagai hubungan satu ikatan yang apik dan bermakna. Konsep cakupan tautan ini merujuk kepada hubungan unsur linguistik di dalam sesuatu teks, sama ada di peringkat dalam ayat atau antara ayat, dan hubungan ini boleh bersifat formal atau semantik dengan fungsinya.
Model Tautan Pindaan telah digunakan sebagai justifikasi dalam analisis ini. Tautan menurut Model Tautan Pindaan dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Pembahagian ini berdasarkan ciri bentuk, fungsi, makna, dan konteks.
Dalam kajian ini, pengkaji hanya menumpukan kepada ciri wacana tautan. Tautan menurut Mohd Rashid Md Idris et. al (2012) adalah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan satu unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Tautan ini juga merujuk kepada kesepaduan dalam penulisan.
Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji perkaitan tautan melalui lirik-lirik lagu yang bertajuk Wajah, Selamat Hari Raya, Cari Tapak, Zapin Usik Mengusik, Sebelum dan Sesudah, dan Gurindam Jiwa.

2.0       LATAR BELAKANG KAJIAN
Lagu-lagu yang dikaji ialah Wajah, Selamat Hari Raya, Cari Tapak, Zapin Usik Mengusik, Sebelum dan Sesudah, dan Gurindam Jiwa.
Wajah ialah lagu nyanyian Jaclyn Victor yang dijadikan lagu tema dokumentari siaran TV3, iaitu Bersamamu yang memaparkan golongan tidak bernasib baik di Malaysia sambil meminta para penonton menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka. Lagu ini dikeluarkan pada tahun 2005. Othman Mohamed dan Habsah Hassan ialah penulis lirik bagi lagu tersebut. Lagu ini mempunyai sebanyak 47 baris.
Lagu Selamat Hari Raya nyanyian Allahyarham Puan Sri Saloma versi rakaman 1973, merupakan ciptaan Ahmad itu mulanya dirakamkan untuk menghiasi filem Selamat Hari Raya arahan Krishnan terbitan 1955. Lagu ini mempunyai sebanyak 34 baris.
 Lagu Cari Tapak ini dicipta oleh Zira, Wahid dan Azlee. Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan Senario. Lagu ini mempunyai 92 baris lagu.           
 Lagu Zapin Usik Mengusik ini dicipta oleh Naz yang bertemakan usik mengusik. Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan Senario dan Haida. Lagu ini mempunyai 43 baris lagu.           
Lagu Sebelum dan Sesudah merupakan lagu yang ditulis oleh Azmeer dan Azlee. Lagu ini telah dinyanyikan oleh kumpulan Senario. Lirik lagu ini merupakan gambaran seseorang manusia yang berlaku sebelum dan selepas mendapatkan perkara yang diingininya. Lagu ini menceritakan tentang realiti sesetengah masyarakat yang berubah setelah mendapatkan perkara yang dihajati iaitu berbeza sekali dengan  yang dicadang sebelum mendapatkannya. Lirik lagu ini mengandungi 47 baris ayat.
Lagu Gurindam Jiwa merupakan lagu yang diilhamkan oleh Wandly Yazid sebagai lagu latar filem Gurindam Jiwa. Filem ini dibintangi oleh seniman Nordin Ahmad dan Seniwati Latifah Omar dengan arahan M Amin. Lirik lagu ini merupakan gabungan lima rangkap pantun tradisional yang mengandungi unsur pembayang dan maksud. Lagu ini sinonim dengan dunia percintaan dan berkasih-kasihan. Lirik lagu ini mengandungi 20 baris ayat.

2.1       Tajuk dan Huraian Tajuk
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah menganalisis tautan dalam lirik lagu. Dalam kajian ini, pengkaji memilih lagu sebagai genre lisan yang ingin dikaji. Lagu-lagu tersebut merupakan lagu yang bertajuk Wajah, Selamat Hari Raya, Cari Tapak, Zapin Usik Mengusik, Sebelum dan Sesudah, dan Gurindam Jiwa. Kajian ini dijalankan untuk memperlihatkan penggunaan ciri wacana iaitu penggunaan aspek tautan dalam lirik lagu. Tautan ialah aspek penting untuk memudahkan pembaca memahami sesebuah wacana. Hal ini bermakna, antara ayat dengan ayat itu perlu saling berkaitan bagi memberi suatu penerangan yang tepat dan jelas kepada pembaca. Perkara inilah yang cuba dianalisis dalam kajian ini iaitu melalui perkaitan yang terdapat antara ayat dengan ayat. Penelitian aspek tautan dipengaruhi sepenuhnya oleh unsur linguistik yang berfungsi untuk membentuk satu ikatan dalam sesuatu wacana agar menjadi satu ikatan yang kukuh dan bermakna.

2.2       Objektif Kajian
 i.      Menganalisis aspek tautan yang terdapat dalam lirik lagu.
ii.    Mengetahui fungsi tautan yang terdapat dalam lirik lagu. 
iii. Mengkelaskan aspek tautan yang terdapat dalam lirik lagu.

2.3       Bidang Kajian
Pengkaji telah memilih bidang kajian yang berpaksikan pada analisis aspek tautan iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat dengan melibatkan korpus lirik lagu.

2.4       Bahan Kajian
Teks lisan lagu yang bertajuk Wajah, Selamat Hari Raya, Cari Tapak, Zapin Usik Mengusik, Sebelum dan Sesudah, dan Gurindam Jiwa.
    iii.   
3.0       METODOLOGI KAJIAN
Proses pengumpulan data yang telah pengkaji lakukan melibatkan pengumpulan data secara kualititatif dan kuantitatif. Data kuantitatif merujuk kepada berdasarkan bilangan ayat yang mengandungi unsur tautan mengikut kategori masing-masing. Data kuantitatif adalah data yang dipaparkan dalam bentuk angka-angka. Menurut Sugiono (2008), metode kuantitatif adalah pendekatan ilmiah yang memandang suatu realiti itu dapat diklasifikasikan, konkrit, teramati dan terukur, hubungan variabelnya bersifat sebab akibat dimana data penelitiannya berupa angka-angka dan analisisnya menggunakan statistik. Data kuantitatif dalam kajian ini diperoleh daripada transkripsi video yang dimuat turun dari laman sesawang.
Selain itu, transiliterasi (cara) pengumpulan data ini telah menggunakan Model Beaugrande dan Dressler. Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:80) menyatakan bahawa tautan dalam frasa, klausa, dan ayat lebih nyata berbanding unit-unit tersebut. Terdapat enam ciri tautan yang dikelaskan oleh Beaugrande dan Dressler iaitu,
  1. Perulangan, iaitu perulangan terus sesuatu linguistik.
  2. Pengulangan sebahagian, iaitu pengulangan unsur yang sama dengan mengubah golongan unsur linguistik yang telah digunakan sebelumnya.
  3. Paralelisme, iaitu pengulangan struktur linguistik yang sama tetapi sama dengan unsur linguistik atau ujaran yang lain.
  4. Parafrasa, iaitu pengulangan isi atau wacana yang sama tetapi diganti dengan unsur yang lain.
  5. Bentuk, iaitu pro.
  6. Elipsis, iaitu pengulangan struktur linguistik dan unsur yang sama tetapi menghilang sebahagian daripada ujarannya.
        i.      
3.1       Transkripsi video lagu
Proses menganalisis data melalui instrumen rakaman video lagu melibatkan tiga peringkat iaitu muat turun video daripada laman sesawang, transkripsi (pengolahan data secara tulisan) dan analisis (perolehan data kuantitatif). Ujaran lisan yang dimuat turun dari laman sesawang ini perlu ditranskripsikan ke dalam data tulisan untuk memudahkan kerja-kerja menganalisis data. Pengkaji akan menganalisis data yang ditranskripsikan berdasarkan pemerhatian dan pendengaran terhadap video tersebut, proses transkripsi ini melibatkan tiga langkah. Langkah yang pertama ialah pengkaji menonton seluruh rakaman video sambil mengkategorikan bahagian-bahagian ujaran yang terdapat di dalam aktiviti lisan tersebut. Langkah kedua, pengkaji menonton ulangan keseluruhan video rakaman beberapa kali. Penumpuan diberikan kepada hubungan tautan yang terdapat dalam video tersebut. Langkah ketiga, hanya sebahagian data transkripsi yang berkaitan hubungan tautan dalam video tersebut sahaja dipilih untuk dianalisis.